Gulai ayam Kelantan

Gulai ayam Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selain nasi kerabu dan kuih-muih tradisional, gulai ayam turut menjadi antara hidangan popular di Kelantan.

Cara penyediaannya hampir sama seperti kari, cuma menggunakan rempah gulai. Kuahnya pula biasanya lebih pekat, berlemak dan beraroma.

Kredit: Sous cef, Ahmad Puad Abdul Malik

Lokasi: Hotel Dorsett Putrajaya

Bahan kisar
• 5 hingga 6 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• Sedikit air

Bahan-bahan lain
• 1/2 ekor ayam
• 2 sudu besar rempah gulai / rempah kari daging
• 1 sudu besar biji ketumbar
• 1 sudu besar cili kisar
• 1 mangkuk santan cair
• 1 keping asam keping
• 1 hingga 2 sudu besar kerisik
• Sedikit gula nisan/gula Melaka
• Garam secukup rasa

Cara penyediaan
• Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas bersama sedikit air.
• Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan kisar, rempah gulai, biji ketumbar dan cili kisar.
• Gaul sehingga semua bahan sebati, kemudian masak menggunakan api sederhana.
• Tuangkan santan cair dan masukkan asam keping. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat.
• Setelah ayam empuk, masukkan santan pekat dan cili hijau.
• Tambahkan kerisik dan sedikit gula nisan atau gula Melaka bagi menaikkan rasa lemak manis gulai.
• Akhir sekali, perasakan dengan garam sebelum dihidangkan bersama nasi panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN