Hasutan secara terbuka dikhuatiri boleh cetus ketegangan kaum

Hasutan secara terbuka dikhuatiri boleh cetus ketegangan kaum

RAKYAT tidak seharusnya diheret dengan konflik ketegangan kaum tatkala negara sedang berusaha merubah wajah Malaysia menjadi negara madani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASIH ramai individu atau pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Kita amat memandang berat terhadap isu ini walaupun kenyataan itu datang daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tindakan mereka berniat untuk memecah-belahkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Mereka seperti tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peringatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung perbuatan menyalakan api perkauman dan meniupkan permusuhan antara agama wajib dihentikan segera.

Sepatutnya semua pihak terutama pembangkang sedar bahawa pembentukan kerajaan perpaduan pada hari ini sebenarnya menyediakan landskap politik negara yang mengutamakan sebuah kerajaan stabil bagi merancakkan ekonomi dan pembangunan untuk rakyat.

Rakyat tidak seharusnya diheret atau dibebankan lagi dengan konflik ketegangan kaum tatkala negara sedang berusaha merubah wajah Malaysia menjadi negara madani yang lebih inklusif, progresif dan merakyat. Inilah harapan yang rakyat mahukan selama ini.

Saya amat kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang pemimpin gabungan politik yang dilihat seolah-olah mempunyai niat jahat dengan sengaja mahu mengapi-apikan orang Melayu seperti yang pernah dilakukannya pada 2018 dalam isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ia dipercayai salah satu punca melebarnya pengaruh kebencian dalam kalangan orang Melayu hingga mendorong pihak-pihak berkepentingan menganjurkan demonstrasi aman secara besar-besaran sebagai tanda protes kepada kerajaan.

Kali ini beliau mengeluarkan kenyataan bertajuk Ancaman terhadap Melayu adalah realiti bukan pembohongan yang disiarkan dalam portal berita.

Oleh hal demikian, kenyataan sedemikian diharap tidak dipandang remeh atau enteng. Saya tidak nampak cara lain untuk menghalang pihak-pihak yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum melainkan meminta kerajaan mengambil tindakan dengan mengarahkan pasukan keselamatan menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948.-UTUSAN

AMIR GHAZALI
Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya