‘Taring’ Melayu menjadi semakin tumpul - Utusan Malaysia

‘Taring’ Melayu menjadi semakin tumpul

JIKA banyak sangat parti politik Melayu yang bertanding akan menyebabkan masing-masing mendapat undi yang sedikit disebabkan undi berpecah. – GAMBAR HIASAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MELIHAT kepada perkembangan semasa akhir-akhir ini, perpecahan orang Melayu di negara ini semakin membimbangkan.

Kalau orang-orang Melayu terus berpecah, ‘taring’ mereka akan menjadi semakin tumpul walaupun hidup di negara sendiri yang merdeka dan berdaulat.

Sebagai orang lama, saya melihat perkembangan ini amat menyedihkan dan tidak boleh dibiar berterusan.

Kalau asyik bercakaran dan kata-mengata antara satu sama lain, yang akan rugi orang-orang Melayu sendiri. Apa yang ketara sekarang, orang merupakan kaum paling banyak mempunyai parti politik.

Tidak mengapa. Nak tubuh parti politik, tubuhlah. Tak ada siapa yang hendak melarang. Tapi penubuhan parti politik bukan untuk bergaduh atau mencari musuh.

Yang penting gunakan politik untuk mencari kekuatan dan perpaduan ummah. Apa yang mendukacitakan, terdapat sesetengah pemimpin parti politik Melayu asyik kata-mengata antara satu sama lain.

Pemimpin sesebuah parti politik suka mengata kepada pemimpin-pemimpin parti politik lain. Malah lebih menyedihkan, ada juga dalam kalangan setengah pemimpin atau ahli sesebuah parti politik sanggup menghentam rakan sesama parti semata-mata tidak sehaluan dengan mereka.

Dalam sebuah negara demokrasi, kemenangan sesebuah parti politik ditentukan melalui undi terbanyak daripada para pengundi dalam pilihan raya.

Tetapi jika banyak sangat parti politik yang bertanding akan menyebabkan parti-parti terbabit mendapat undi yang sedikit disebabkan undi berpecah.

Berbeza dengan kaum lain hanya mempunyai satu atau dua parti yang akan mendapat jumlah undi besar kerana tidak ada perpecahan sesama mereka.

Bila ini berlaku, sudah tentu merekalah yang akan memegang tampuk pemerintahan negara. Jadi, insaflah wahai orang Melayu. Jangan kerana asyik bercakaran sesama sendiri, kuasa yang ada akan hilang.

Jika ini terjadi, penyesalan sudah tidak berguna lagi. Seperti kata orang tua-tua, nasi sudah menjadi bubur. – UTUSAN

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya