Perlu migrasi pemikiran perkhidmatan awam - Utusan Malaysia

Perlu migrasi pemikiran perkhidmatan awam

PENJAWAT awam tidak harus melakukan perkara sama berulang kali dan mengharapkan hasil berbeza. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA tahun ini, pakar ekonomi menjangkakan bakal berlaku kemelesetan ekonomi dunia atas pelbagai faktor yang mendesak setiap negara untuk melakukan persediaan.

Sudah pasti perkembangan itu turut menjejaskan sasaran kerja dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Ia menjadikan kepimpinan sektor awam di seluruh negara perlu lebih berhati-hati dalam merancang perbelanjaan jabatan dan meletakkan keutamaan kepada yang perlu sahaja.

Justeru, perlu berlaku migrasi pemikiran dalam kalangan ketua perkhidmatan awam di semua peringkat untuk merancang kepentingan jabatan masing-masing mengikut keutamaan dan keperluan sebenar termasuk memperkenalkan prosedur baharu.

Adalah sesuatu yang merugikan sumber perkhidmatan awam, jika dikekalkan tindakan sama setiap tahun dalam melakukan pekerjaan walaupun keadaan dan zaman berubah.

Ahli ­fizik terkenal, Albert Einstein mengatakan, melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil berbeza adalah kegilaan.

Dalam pada itu harus diingat, sebarang perubahan yang dibuat tidak harus melibatkan tindakan pemberhentian atau penamatan perkhidmatan penjawat awam sedia ada.

Dengan perancangan berhati-hati, perluasan skop kerja, meningkatkan kepelbagaian kemahiran penjawat awam serta pertambahan fungsi di sesuatu jabatan atau agensi boleh dibuat walaupun jumlah penjawat awam tidak berubah.

Di sini pentingnya migrasi pemikiran agar tidak terus meletakkan harapan adanya perjawatan baharu untuk setiap skop tugas.

Perlu faham kepada konsep melakukan banyak dalam bilangan sedikit dengan cara membuat perancangan bagi mengubah fungsi tugas menggunakan jumlah kakitangan sedia ada.

Langkah ini boleh dibuat dengan cara mengadakan lebih banyak sesi perkongsian dan lawatan ke agensi atau jabatan kerajaan yang telah berjaya mengubah corak kerja mereka. – UTUSAN

MOHD. RAFIZI RAHMAD, Naib Presiden 1, Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.