Anwar terima dukungan rakyat terbanyak

Anwar terima dukungan rakyat terbanyak

PELANTIKAN Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri amat dinanti-nantikan dan ini menjadi fenomena serta landskap baharu dalam arena politik negara sejak merdeka pada 1957.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENTADBIRAN Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dukungan dan sokongan rakyat terbanyak kerana ia jauh berbeza dengan pentadbiran dan pendekatan perdana menteri sebelum ini.

Selain tata kelola (good governance) membanteras rasuah dan ketirisan serta pembaziran wang rakyat di semua peringkat bagi pemulihan semula ekonomi negara, Anwar juga meminta supaya budaya ilmu diperkasa semula dan diterap dalam kehidupan harian. Golongan ilmuwan perlu turut membela golongan rakyat termiskin melalui ciptaan inovasi yang membolehkan mereka keluar dari garisan kemiskinan dan kehidupan yang menekan.

Malah beliau juga mengambil suatu ketetapan baharu dengan membenarkan kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya dijadikan ruang penyebaran ilmu pengetahuan melalui pelbagai aktiviti dan majlis ilmu yang dianjurkan di premis tersebut setiap minggu.

Selain itu, Anwar juga memberi tumpuan untuk memperkemas, memperindah dan menjaga kebersihan terutama di bandar raya Kuala Lumpur bagi faedah puluhan ribu penjaja. Tempoh tiga bulan diberi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melaksanakan arahan ini dan mengemukakan laporan kemajuan dari semasa ke semasa.

Begitu juga rumah-rumah DBKL di ibu negara perlu dibuat penambahbaikan sama ada merobohkannya bagi kepentingan rakyat miskin yang lebih memerlukan.

Sementara menteri pula diminta turun padang bagi mendapatkan maklumat, mendengar sendiri daripada pegawai-pegawai dengan teliti termasuk pakar dan warga kementerian sebelum mengambil tindakan sama ada untuk mengubah tata kelola dan membuat cadangan baharu.

Menteri-menteri mesti menunjukkan prestasi baik sebagai petunjuk pencapaian kemajuan yang dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan.

Soal-soal asas seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kedaulatan raja-raja Melayu juga dalam radar beliau. Bagi Sabah dan Sarawak, boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ia tidak boleh dipertikai dan tidak boleh disentuh. Kawal selia gas Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri adalah salah satu kejayaan besar berhubung MA63.

Banyak lagi perubahan yang ingin dilakukan Anwar termasuk membasmi kemiskinan, kebenaran berbahas dan berbeza pendapat tetapi perlu beradab di Parlimen dan sebagainya.

Rakyat mengharapkan kerajaan perpaduan menumpukan perhatian kepada pengukuhan ekonomi, kestabilan politik dan kos sara hidup dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.