Tiba masa Pan Gon tunjuk magis sebenar

Tiba masa Pan Gon tunjuk magis sebenar

PAN Gon mahu pemain yang mampu sempurnakan taktikal dan strategi yang direncanakannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PIALA Malaysia telah pun melabuhkan tirai dan sekali lagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta juara treble bola sepak tempatan pada tahun ini.

Ramai peminat bola sepak tempatan agak kecewa dan terkilan dengan reaksi barisan pemain yang menolak panggilan daripada Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk menyertai latihan persiapan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pada hemat saya, Pan Gon sudah berjaya membuktikan magisnya malah tidak boleh dipertikaikan lagi kemampuannya memimpin skuad Harimau Malaya. Rekod Pan Gon sejak membimbing skuad Harimau Malaya tidak pernah mengecewakan malah semakin menunjukkan kehebatan sebagai ketua jurulatih terbaik setakat ini.

Mungkin beliau akan meneruskan keazamannya untuk memadamkan segala kritikan yang sebelum ini menyindir kononnya jika tidak dibarisi tonggak pemain utama JDT, skuad negara dipercayai tempang dan sukar untuk layak ke Piala Asia 2023 di China.

Difahamkan juga kejohanan Piala Asia pun semakin dekat. Maka lebih baik Pan Gon menggilap pemain baharu sekali gus dapat memberikan kelebihan buatnya serta barisan kejurulatihan untuk menyenaraikan pemain terbaik sebagai persediaan menghadapi kejohanan Piala Asia berbanding Piala AFF Suzuki yang dikatakan tidak mengambil kira ranking kejohanan.

Pan Gon sengaja bermain wayang untuk melihat reaksi daripada peminat bola sepak negara sedangkan beliau masih mempunyai ramuan ampuh dan boleh tersenyum bangga selepas ini seandainya pasukan bimbingannya menyerlah serta berupaya memberikan cabaran. Seterusnya mampu ke saingan suku akhir Piala Asia tahun depan atau melangkah lebih jauh daripada itu, mungkin ke separuh akhir, siapa tahu?

Justeru, sekiranya skuad Pan Gon boleh melayakkan diri ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki itupun sudah dianggap satu pencapaian terbaik buat dirinya sekalipun pasukannya tidak dapat bergelar juara nanti.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.