Perhalusi syarat bantuan EPC

Perhalusi syarat bantuan EPC

KERAJAAN tidak wajar menarik Elaun Pekerja Cacat (EPC) serta-merta walaupun pekerja orang kurang upaya (OKU) mencapai tangga gaji RM1,500 sebulan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan seorang bapa kepada anak orang kurang upaya (OKU) yang bekerja. Anak saya adalah penerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang bakal ditamatkan kelak.

Tentu sahaja saya maklum mengenai syarat penerima EPC dan tentu ada penerima bantuan ditamatkan ekoran gaji bersih melebihi had RM1,500.

Saya antara bapa yang memberi galakan anak OKU agar berdikari untuk dirinya demi menangani kos sara hidup semakin mencabar.

Saya berasa terpanggil untuk meluahkan sedikit pandangan tentang sistem sedia ada yang saya fikir sepatutnya dihalusi, dikaji atau setidak-tidaknya diselaraskan semula syarat-syaratnya.

Ini kerana kerajaan telah menetapkan gaji minimum semua sektor RM1,500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyelaraskannya dan menjadikan ia had siling bagi kelayakan bantuan EPC.

Bayangkan jika seseorang OKU telah menerima kenaikan gaji RM 1,600 atas ihsan majikan sebab prestasi atau mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang memuaskan. Adakah wajar bantuan sebanyak RM450 ditamatkan serta-merta?

Bagaimana dengan mereka yang tidak menerima kenaikkan gaji daripada majikan? Contohnya, seorang penerima EPC bergaji RM1,500 akan mendapat jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM 1,950. Tetapi bagi yang tidak layak, pendapatannya ‘mati’ pada tangga itu sahaja.

Ini boleh merencatkan motivasi pekerja yang berusaha mendapatkan kepercayaan majikan. Ini boleh merunsingkan kebanyakan pekerja OKU.

Saya ingin cadangkan kepada kerajaan dan JKM agar bantuan elaun EPC tidak ditamatkan serta-merta tetapi boleh dikurangkan secara beransur-ansur bergantung kepada jumlah kenaikan gaji pekerja.

JKM boleh berhubung terus dengan majikan tentang status terkini gaji pekerja atau minta surat pengesahan majikan setiap enam atau 12 bulan sekali. -UTUSAN

BAPA PRIHATIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.