Kabinet baharu jangan asyik naik turun mahkamah

Kabinet baharu jangan asyik naik turun mahkamah

PASTIKAN ahli Parlimen yang sedang menjalani proses pengadilan di mahkamah tidak memegang sebarang portfolio dalam Kabinet. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMELUT pemilihan calon Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Fasa seterusnya ialah melibatkan urusan membentuk kabinet perpaduan merangkumi gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan gabungan parti blok Borneo.

Baru-baru ini, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil dan bakal mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diisi oleh wakil daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jika dilihat kepada Kabinet kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, ahli Parlimen yang sedang menjalani proses pengadilan di mahkamah terutama melibatkan kes rasuah dan pecah amanah tidak memegang sebarang portfolio dalam Kabinet meskipun memegang jawatan tertinggi dalam parti.

Contoh terbaik ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kekal berada di luar pentadbiran kerajaan. Dasar ini perlu diteruskan oleh pentadbiran baharu bagi memastikan menteri yang dilantik menganggotai Kabinet dapat menumpukan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan masalah negara berbanding menghabiskan masa menghadiri perbicaraan kes di mahkamah.

Langkah ini juga dapat menonjolkan imej pentadbiran baharu yang bersih dan bebas rasuah bagi menarik semula keyakinan pelabur asing serta rakyat secara keseluruhannya sekaligus memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).-UTUSAN

RAKYAT MAHU KERAJAAN BERINTEGRITI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya