Jangan menjadi banduan kepada negara - Utusan Malaysia

Jangan menjadi banduan kepada negara

LIM LIAN GEOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM masyarakat Cina di negara kita, akan sentiasa terdapat sesetengah individu beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak begitu penting. Oleh itu, mereka hanya fokus pada bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

Pemikiran seperti ini boleh ditafsirkan seperti mengaku mereka bukan warganegara Malaysia. Dengan ini, tidak perlu belajar bahasa kebangsaan.

Cuba anda bayangkan, adakah bahasa Jepun tidak penting di Jepun? Adakah bahasa Mandarin tidak penting di China? Bahasa Inggeris tidak penting di Britain? Mana logiknya?

Sebenarnya bahasa Melayu adalah paling senang untuk dipelajari dalam dunia kerana ia ialah bahasa fonetik. Walaupun tidak faham dengan maksudnya, kita masih lagi boleh melafazkannya.

Apabila kita menunjukkan bukti kepada masyarakat Cina mengenai kepentingan bahasa kebangsaan, mereka akan membalas dengan ungkapan, “Bahasa Melayu hanya boleh digunakan di Malaysia, luar negara tidak boleh.”

Tetapi malangnya mereka masih lagi memegang MyKad berwarna biru. Mereka perlu diingatkan bahawa belajar bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab setiap warganegara.

“Orang yang menjadi warganegara Malaya tetapi tidak menganggap Malaya sebagai negara sendiri, dia ialah banduan Malaya,” kata tokoh pejuang pendidikan bahasa Cina, Lim Lian Geok.

Lian Geok yang juga pengasas Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dilucutkan kewarganegaraan oleh kerajaan kerana tindakannya membantah Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Beliau membantah langkah memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan mana-mana sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya. – UTUSAN

TEO WEI HONG Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya