Rai tamat penantian 107 tahun England, julang kejuaraan PGA

Rai tamat penantian 107 tahun England, julang kejuaraan PGA

Aaron Rai meraikan kejayaan bersama Trofi Wanamaker selepas menjuarai Kejohanan PGA di Aronimink Golf Club, Pennsylvania kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARONIMINK: Pemain England, Aaron Rai mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 107 tahun negaranya untuk menjulang kejuaraan PGA Championship selepas mempamerkan aksi luar biasa pada pusingan akhir, Ahad.

Rai, 31, mempamerkan ketenangan luar biasa apabila melakukan birdie pada empat daripada lapan lubang terakhir untuk menutup saingan dengan catatan lima bawah par 65, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan sembilan bawah par 271.

Lebih manis, kemenangan dramatik itu dimuktamadkan menerusi putt birdie sejauh 68 kaki di lubang ke-17, yang menjadi detik pemusnah harapan pencabar lain dalam pertarungan sengit di Aronimink.

“Sangat sukar untuk dipercayai. Musim ini agak mengecewakan buat saya, jadi berada di sini benar-benar di luar jangkaan,” kata Rai yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan leher.

Kejayaan itu membolehkan Rai membawa pulang hadiah kemenangan AS$3.69 juta (RM15.7 juta) daripada keseluruhan dana kejohanan bernilai AS$20.5 juta (RM87.3 juta), selain menjulang Trofi Wanamaker.

Rai turut mencatat sejarah sebagai pemain England kedua menjuarai PGA Championship selepas Jim Barnes memenangi dua edisi terawal pada 1916 dan 1919.

“Saya amat bangga. Ramai pemain hebat England telah mencipta sejarah selama lebih 100 tahun. Menjadi individu yang menamatkan penantian panjang ini sangat bermakna,” katanya.

Rai menewaskan juara dua major dari Sepanyol, Jon Rahm dan pemain Amerika Syarikat, Alex Smalley dengan kelebihan tiga pukulan.

Sementara itu, Justin Thomas, Matti Schmid dan Ludvig Aberg berkongsi kedudukan keempat selepas menamatkan saingan dengan lima bawah par 275. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN