Tidak mahu Malaysia jadi lambakan warga Bangladesh

Tidak mahu Malaysia jadi lambakan warga Bangladesh

TINDAKAN menambah bilangan ejen Bangladesh boleh menyebabkan Malaysia menjadi pusat lambakan pekerja dari negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ARTIKEL ini ditulis sebagai satu permohonan agar kerajaan mengkaji semula langkah menambah bilangan ejen pekerja Bangladesh di negara ini.

Difahamkan daripada 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA), kini sudah menjadi 100. Sementara sebanyak 250 subejen dijangka terlibat dalam pengambilan pekerja baharu ke negara ini seperti dinyatakan dalam rundingan dua hala yang membawa kepada perjanjian baharu antara Malaysia dan Bangladesh.

Pada 19 Disember tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan serta Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmed menandatangani perjanjian pengambilan buruh baharu, sekali gus menarik balik pembekuan yang dikenakan sejak 1 September 2018.

Bahkan sebelum ini, Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (Baira) mendakwa terdapat unsur monopoli syarikat ejen.

Baira sebelum ini berkata, 10 agensi pilihan Malaysia memonopoli pengambilan pekerja antara 2016 dan 2018.

Pada Jun lalu, isu kemasukan pekerja asing dari Bangladesh sudah diselesaikan dan semua majikan boleh memohon untuk membawa masuk golongan berkenaan secara dalam talian.

Jadi, saya berpendapat, kerajaan harus berfikir sebaik-baiknya dengan tidak mengambil keputusan drastik walaupun telah dikritik pemimpin parti pembangkang yang mendakwa kemasukan pekerja asing terlalu perlahan selain desakan daripada pihak majikan.

Memanglah majikan ingin membawa masuk seramai mungkin pekerja asing untuk keuntungan maksimum. Ejen juga bakal untung besar apabila terdapat lambakan pekerja asing ke Malaysia.

Penambahan jumlah BRA boleh menyebabkan Malaysia menjadi pusat lambakan pekerja Bangladesh. Jika itu berlaku, maka susah mahu mengawal tindak-tanduk pekerja asing yang sewenang-wenangnya berniaga secara haram dan menikahi rakyat tempatan.

Akhirnya, mereka akan terus menetap terus di Malaysia dan menguasai sektor pekerjaan negara terutama sekali perkilangan.

Sepatutnya kerajaan mencari jalan membantu ratusan ribu rakyat kita yang masih menganggur dalam sektor-sektor yang memerlukan pekerja.-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya