Tyo Nugras kandas di imigresen, Al Ghazali ganti posisi pemain dram - Utusan Malaysia

Tyo Nugras kandas di imigresen, Al Ghazali ganti posisi pemain dram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Pemain dram kumpulan Dewa 19, Tyo Nugros, tidak dapat membuat penampilan pada saat akhir dalam konsert Dewa 19: Cintaku Tertinggal di Malaysia malam tadi selepas berdepan isu imigresen ketika mahu berlepas ke Malaysia.

Menurut Tyo, dia sendiri masih belum mengetahui punca sebenar masalah yang menyebabkan perjalanannya ke negara ini tersekat.

“Pada 5 Jun lalu, saya sepatutnya berangkat ke Malaysia dan sudah berada di lapangan terbang.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan berlepas oleh pihak imigresen atas satu permasalahan yang sehingga kini masih belum saya ketahui.

“Ketika ini saya sedang berusaha mendapatkan penjelasan mengenai punca perkara tersebut berlaku,” katanya menerusi rakaman video yang ditayangkan semasa konsert di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Tyo turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu para peminat Dewa 19 yang dikenali sebagai Baladewa.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada semua pihak dan berharap dapat kembali beraksi di Malaysia pada masa akan datang.

“Dengan ini saya memohon maaf sebesar-besarnya kepada semua pihak. Semoga kita dapat bertemu pada kesempatan lain. Selamat berhibur,” katanya.

Bagi mengelakkan peminat kecewa, Dewa 19 memperkenalkan Al Ghazali, anak kepada Ahmad Dhani, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tyo sebagai pemain dram pada konsert berkenaan.

Menerusi persembahan yang berlangsung malam tadi, Dewa 19 menyampaikan lebih 25 lagu hit dengan menampilkan tiga vokalis utama iaitu Ari Lasso, Ello dan Virzha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN