Melayu perlu kembali menjadi Melayu

Melayu perlu kembali menjadi Melayu

ORANG Melayu perlu mempunyai harga diri, amanah dan adil dalam menjalankan tugas untuk seluruh rakyat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

“MENGAPA Tun (Dr. Mahathir Mohamad) masih nak perjuangkan Melayu? Adakah Melayu lebih penting daripada Islam?”

Begitulah lebih kurang soalan yang dilontarkan oleh seorang hadirin kepada Dr. Mahathir dalam satu sesi dialog.

Dalam konteks perlembagaan negara, Melayu ditakrif berdasarkan warna kulit (rupa bentuk), budaya dan beragama Islam sebagai amalan serta cara hidup.

Sebelum ini, saya menolak takrifan itu kerana percaya Melayu sebagai satu bangsa, hanyalah sebutir zarah kecil daripada juzuk-juzuk kehidupan lebih luas, malah agama juga tidak meletakkan bangsa suatu yang lebih tinggi daripada beragama.

Dalam pengembaraan pengetahuan, ditemui beberapa kisah yang telah menggugat kepercayaan selama ini saya pegang tentang Melayu dan tanah air.

Kajian sarjana mengenai hubung kait antara sesuatu bangsa dengan tanah air menggariskan beberapa faktor antaranya hubungan spiritual sesuatu bangsa dengan tanah sebagai sumber kehidupan serta budaya mereka. Kedua, kewujudan ikatan sosial yang bersifat alami tentang keinginan seseorang untuk tinggal bersama komuniti.

Keterikatan antara tanah air dan Melayu mempunyai persamaan dengan persoalan Melayu dan Islam. Sejak Islamnya manusia Nusantara, agama ini menjadi cara hidup bagi orang Melayu. Cara hidup ini dipakai dari anak itu lahir hinggalah menutup matanya. Dan ikatan inilah yang diungkap oleh perlembagaan tentang siapa dia Melayu.

Dr. Mahathir memberikan jawapan yang selari dengan takrifan Melayu dalam konteks perlembagaan (Malaysia) bahawa: “Perjuangan untuk kebaikan bangsa Melayu juga adalah perjuangan untuk kebaikan Islam.”
Namun, muncul pula persoalan kedua, iaitu Melayu apa atau jenis apa yang ingin diperjuangkan (dibela)?

Adakah yang ingin diperjuangkan itu Melayu berdasarkan etnik? Melayu profesional? Melayu cerdik? Melayu yang islamik? Melayu yang makan sambal belacan? Atau Melayu apa?

Dalam konteks ini, yang hendak diperjuangkan ialah Melayu yang ada harga diri (bermaruah) atau yang berwibawa.

Melayu yang amanah (berintegriti) juga adalah Melayu yang menolak amalan buruk seperti makan rasuah, meminta-minta, culas menjalankan amanah dan mereka yang suka memperbodoh-bodohkan bangsanya.
Melayu perlu kembali menjadi Melayu yang mempunyai harga diri, amanah dan adil dalam menjalankan tugas untuk seluruh rakyat kerana ini juga adalah tuntuan dalam Islam.-UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya