Filem yang baik boleh dianggap tidak menarik kerana dipuji secara berlebihan - Nesa Idrus - Utusan Malaysia

Filem yang baik boleh dianggap tidak menarik kerana dipuji secara berlebihan – Nesa Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Nesa Idrus berpendapat publisiti berlebihan terhadap sesebuah filem boleh mengundang jangkaan terlalu tinggi sehingga menjejaskan penerimaan penonton terhadap karya tersebut.

Nesa atau Intan Hazatulnisa Idrus, 28, berakata, situasi itu sering berlaku apabila sesebuah karya menerima pujian yang berlebihan sebelum ditayangkan kepada umum.

“Apabila sesebuah filem terlalu diuar-uarkan, jangkaan penonton juga akan mencanak lebih tinggi.

“Namun apabila mereka menontonnya sendiri dan hasilnya tidak mencapai jangkaan tersebut. Filem yang sebenarnya baik boleh dianggap tidak menarik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut pelakon filem Gayong itu, perkara tersebut menyebabkan sesetengah penonton gagal menilai sesebuah karya secara lebih terbuka kerana terlalu dipengaruhi jangkaan sebelum menonton.

“Penonton perlu belajar untuk lebih bertenang apabila menilai sesebuah karya.

“Pengulas filem juga perlu lebih menyantuni pandangan penonton awam dan memberi ruang kepada sesebuah karya untuk bernafas,” katanya.

Untuk rekod, Nesa merupakan graduan lulusan ASWARA. Dia telah membintangi beberapa filem dan telefilem seperti Untuk Satu Malam, Shiba Shiba Doo tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN