LHDN sedia berbincang bagi elak cukai individu, syarikat tertunggak - Utusan Malaysia

LHDN sedia berbincang bagi elak cukai individu, syarikat tertunggak

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan serta rundingan sekiranya pembayar cukai mempunyai masalah bagi menyelesaikan tunggakan cukai mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KINI negara kembali bangkit menjana semula pembangunan ekonomi setelah terkesan dengan serangan Covid-19. Rakyat pada masa ini rancak mengatur kembali kedudukan kewangan masing-masing setelah beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diberikan oleh kerajaan seperti moratorium dan pengeluaran khas dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berakhir.

Di sebalik mengatur kedudukan kewangan, mungkin ada dalam kalangan kita terlupa serta mengabaikan tanggungjawab membayar cukai yang sepatutnya dilaksanakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh yang ditetapkan.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) jelas memperuntukkan kewajipan pembayar cukai yang terdiri daripada individu, syarikat dan juga mana-mana pertubuhan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai pada setiap tahun.

Kegagalan pembayar cukai mematuhi peruntukan ACP 1967 boleh menyebabkan penalti dikenakan yang turut bermaksud amaun cukai yang kena dibayar kepada kerajaan menjadi lebih tinggi.

Sudah tentu kita sebagai pembayar cukai yang berhemah tidak mahu membayar lebih daripada cukai yang sepatutnya dikenakan bukan?

Sehingga 31 Julai lalu sahaja seramai 186,346 individu termasuk pengarah syarikat dengan jumlah amaun tunggakan cukai berjumlah RM12.9 bilion telah dikenakan tindakan sekatan perjalanan berikutan kegagalan mereka menjelaskan tunggakan cukai kepada kerajaan.

Melihat kepada jumlah tunggakan cukai ini, jika ia tidak ditangani sebaik-baiknya oleh LHDN secara tidak langsung akan menjejaskan kutipan cukai langsung negara dan berkemungkinan merencatkan program-program pembangunan yang telah direncanakan oleh kerajaan pada masa hadapan.

LHDN sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan serta rundingan sekiranya pembayar cukai mempunyai masalah bagi menyelesaikan tunggakan cukai mereka.

Peruntukan undang-undang juga memberi ruang kepada pembayar cukai untuk membayar cukai atau baki cukai secara ansuran.

Sekiranya cukai kena dibayar layak dikenakan kenaikan cukai di bawah Seksyen 103, ACP 1967, ansuran yang dibenarkan adalah termasuk kenaikan cukai tersebut. – UTUSAN

BAHAGIAN KOMUNIKASI PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya