SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan polis menemui ajal selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa merupakan pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini.
“Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat tersebut. Pada 20 Mei, kira-kira pukul 3.07 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, bagaimanapun Polis Kontinjen Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. – UTUSAN










