Sokong tambah peruntukan kesihatan

Sokong tambah peruntukan kesihatan

KEMUDAHAN di hospital kerajaan dan klinik desa sedia ada perlu dinaik taraf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah memohon peruntukan dalam Bajet 2023 sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Langkah itu yang akan melibatkan pertambahan peruntukan dilihat sebagai amat penting disebabkan KKM adalah antara kementerian yang banyak terlibat secara langsung dengan rakyat.

Seiring dengan keadaan di mana negara bakal mencapai status ‘negara tua’ dalam tempoh 18 tahun lagi iaitu pada tahun 2030, pertambahan peruntukan ini juga dilihat sebagai penting, relevan dan signifikan disebabkan kebarangkalian akan wujudnya pertambahan dari segi bilangan golongan tua ke hospital.

Selain itu, menerusi pertambahan peruntukan, ia sekurang-kurangnya turut membantu menambah baik sistem kesihatan di negara ini, termasuk dari segi pertambahan bilangan hospital dan klinik desa di seluruh negara serta usaha-usaha menaik taraf kemudahan di situ.

Jumlah hospital kerajaan dan klinik desa yang sedikit di sesebuah kawasan terutamanya di kampung menyukarkan anggota masyarakat mendapatkan akses kesihatan yang berkualiti.

Justeru, pertambahan peruntukan ini dilihat sekurang-kurangnya boleh membantu KKM untuk menambah bilangan kemudahan itu.

Seterusnya, menerusi pertambahan peruntukan ini, ia turut membantu dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan lebih banyak ubat-ubatan baharu.

Secara keseluruhannya, peningkatan peruntukan boleh memberikan impak positif dan signifikan ke atas tahap kecekapan perkhidmatan kesihatan. Melalui kos yang efektif ia berupaya memperkasakan tahap kesihatan awam.

Malah, kualiti serta mutu perkhidmatan kesihatan Malaysia juga akan menjadi setanding dengan negara-negara lain. Semestinya rakyat akan berasa lebih selesa dan hidup lebih terjamin melalui keprihatinan kerajaan ke atas sektor kesihatan.-UTUSAN

DR. MOHAMAD HAFIFI JAMRI
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya