Mampukah GTA ubah maruah Melayu yang tercemar?

Mampukah GTA ubah maruah Melayu yang tercemar?

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 14 September 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKALI lagi saya menyanggah kenyataan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azman Mohd. Hashim yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 14 September lalu bertajuk GTA mahu kembalikan maruah Melayu.

Dalam artikel itu, Azman menyebut kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan SRC International Sdn. Bhd., projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS), rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang sedang berlangsung di mahkamah melibatkan pemimpin-pemimpin parti memerintah negara serta kepimpinan kerajaan yang tidak cekap dan agak huru-hara apabila Malaysia diuji dengan pandemik Covid-19 menyebabkan negara ini dipersendakan dalam sebuah episod siri jenayah televisyen The Blacklist sebagai syurga mengubah wang haram kerana kaitannya dengan rasuah. Selain itu, sebuah filem India, Kaduva merujuk syarikat dari Malaysia mengamalkan rasuah.

Azman menyatakan atas faktor-faktor tersebut, maka GTA ditubuhkan selain bertujuan menyelamatkan dan memulihkan negara dan mengembalikan maruah Melayu di dunia.

Bagi saya, GTA sememangnya retorik politik semata-mata. Sebelum ini pernah beberapa parti ditubuh dan digabungkan dalam perhimpunan Melayu dengan pelbagai solusi yang dikemukakan tetapi ke mana akhirnya?

Saya percaya suatu hari nanti GTA akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang bertujuan bertanding dalam pilihan raya.

Rasuah adalah soal integriti seseorang atau sesebuah organisasi. Ia tetap berlaku selagi sistem dan undang-undang tidak dipinda kepada pemberi.

Ya memang maruah Melayu tercemar tetapi apakah GTA mampu mengubahnya?-UTUSAN

DZANMUO
Bakri,Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya