Pembelajaran dalam talian hakis adab terhadap guru, pendidik

Pembelajaran dalam talian hakis adab terhadap guru, pendidik

PEMBELAJARAN secara dalam talian mengubah sikap pelajar menjadi tidak beradab. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pembelajaran dalam talian diperkenalkan sepenuhnya ketika pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Namun, cara pembelajaran ini menyebabkan pelajar tidak menjaga adab ketika kelas berlangsung dengan tidur, makan, berbaring atau bermain telefon pintar selain tidak fokus kerana gangguan persekitaran.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata, “Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia.” Jelaslah bahawa betapa pentingnya menjaga adab dalam Islam.

Seterusnya, kesan daripada tidak fokus semasa pembelajaran dalam talian boleh memberi impak buruk terhadap keputusan akademik dan membuatkan pelajar tidak dapat menjawab soalan semasa peperiksaan.
“Pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.” (Riwayat Ath-Thabrani).

Berdasarkan hadis di atas, sebagai penuntut ilmu, pelajar hendaklah belajar dengan beradab dan menghormati guru pada setiap masa.

Justeru, sebagai mahasiswa haruslah berfikir secara bijak dan kritis dengan fokus terhadap pensyarah semasa belajar supaya ilmu yang dituntut diberkati Allah S.W.T.-UTUSAN

MUHAMMAD AIDIL SARJI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya