Kerja sambilan beri pengalaman dan duit poket

Kerja sambilan beri pengalaman dan duit poket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERJA secara sambilan ketika belajar dapat mengembangkan potensi serta menambah sumber pendapatan. Bagaimanapun, pelajar sering kali berasa penat kerana tempoh waktu kerja yang panjang. Hal ini menyebabkan pelajar kurang produktif dan akan lebih cenderung untuk menangguh tugasan diberikan pensyarah.

Namun, ia bukanlah halangan jika pelajar bijak membahagikan masa untuk mencari duit poket melalui perniagaan. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi gig. Hal ini kerana masa yang perlu diluangkan untuk menguruskan perniagaan hanya sekitar dua hingga jam dan tidak memberi kesan kepada prestasi akademik.

Ramai dalam kalangan mahasiswa lebih memilih untuk bekerja secara sambilan kerana jauh lebih mudah dan tidak perlu memikirkan soal modal, untung atau rugi. Namun, tindakan bekerja di bawah majikan boleh memberi kesan terhadap kesihatan dan mental ekoran tempoh masa bekerja yang agak panjang.

Justeru, menceburi bidang perniagaan atau ekonomi gig secara sambilan menggunakan aplikasi teknologi seperti Grab sebagai pemandu atau penghantar makanan ataupun menjadi ejen kepada produk sedia ada adalah jauh lebih baik. Dengan ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam pekerjaan.

Selain itu, pelajar boleh menjana pendapatan dengan menjadi penulis kandungan media sosial untuk sesebuah syarikat bagi mempromosikan produk mereka. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penulisan demi pelajaran juga. Anggaran bagi bayaran bagi artikel yang diterbitkan dalam lingkungan RM50 hingga RM100.

Walau apa pun pilihan, pelajar perlu bijak mengimbangi antara kerja sambilan dan menyiapkan tugasan diberikan pensyarah. Jangan sesekali mengabaikan tugas hakiki dengan ‘sibuk’ mengejar pendapatan sampingan kerana pelajaran amat penting demi masa depan yang cerah. -UTUSAN

MUHAMMAD HARITH SHAH FAREZ
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya