ISTANBUL: Pasangan warga Britain yang dalam perjalanan pulang dari Thailand ditahan di Lapangan Terbang Istanbul selepas pihak berkuasa menemukan kira-kira 20 kilogram (kg) ganja dalam bagasi mereka. Menurut pihak kastam Turkiye, sebuah beg pakaian milik salah seorang suspek didapati dipenuhi dadah yang dibungkus secara vakum, seperti dipaparkan dalam rakaman dikeluarkan agensi berita tempatan, DHA. Kedua-dua individu berusia 20 tahun itu ditahan pada 26 April sebelum disoal siasat dan kemudian ditempatkan…










