Hentikan keganasan kejam Israel

Hentikan keganasan kejam Israel

ORANG ramai hadir menyatakan sokongan dan membantah serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia, tahun lalu. – GAMBAR AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI membantah keras terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS) selain menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar bertindak segera untuk menghentikan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Hipokrasi AS terhadap operasi jenayah Israel berbanding perang Russia-Ukraine  adalah keji. Berbilion wang rakyat AS untuk  mempersenjatai Ukraine adalah keterlaluan.

Selama lebih tujuh dekad, Palestin menderita akibat senjata pemusnah besar-besaran AS yang dibekalkan kepada Israel.  Ini adalah jenayah perang terang-terangan.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Gabungan Rakyat ASEAN untuk Palestin mengulangi gesaan agar masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan serangan barbaric  oleh Israel.

Kami juga mengecam sokongan penuh AS terhadap pencerobohan itu dengan alasan hak Israel untuk melindungi dirinya.  Ini telah menjadi dasar konsisten AS walaupun pencabulan jelas Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan serangan jenayah dan pengepungan Gaza membuktikan Israel adalah negara pengganas.

Dunia menyaksikan banyak kebiadaban dan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza, membunuh beribu-ribu manusia termasuk kanak-kanak sejak sekatan Gaza pada 2006.

Kami menuntut semua ketua-ketua kerajaan di seluruh dunia untuk tidak kekal pasif dan mempamerkan dasar tidak bertindak. Masyarakat antarabangsa mesti bertindak tegas untuk menamatkan kepungan ke atas Gaza.

Gaza telah dijadikan medan pembunuhan oleh tentera Israel, menyasarkan kanak-kanak dan wanita tanpa hukuman.

PBB tidak boleh berdiam diri dan semua resolusi yang diluluskan oleh Sesi Khas Ke-11 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) berkaitan jenayah israel terhadap kemanusiaan mesti dikuatkuasakan ke atas Israel.-UTUSAN

 

MOHD. AZMI ABDUL HAMID

Presiden Mapim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya