PRN Johor: UMNO perlu bertanding solo, pertahan kerajaan BN

PRN Johor: UMNO perlu bertanding solo, pertahan kerajaan BN

MD. Alwi Che Ahmad (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Khairy Jamaluddin selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun UMNO Ke-80 di Tapak Rumah UMNO Ketereh, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BAHRU: UMNO perlu bertanding secara solo menggunakan kekuatan sendiri dalam usaha mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Pandangan itu disuarakan oleh Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang melihat PRN itu lebih kepada mempertahankan tampuk pemerintahan Johor di bawah pentadbiran Kerajaan BN.

Katanya, situasi politik Johor berbeza berbanding negeri lain kerana pucuk pentadbiran dibawah dipimpin UMNO dan BN sepenuhnya tanpa melibatkan kerajaan perpaduan.

“Menteri Besar Johor juga daripada UMNO, justeru adalah sesuatu yang wajar untuk BN mempertahankan mandat rakyat menggunakan kekuatan parti sendiri pada PRN akan datang.

“Jadi…tidak timbul soal kerajaan perpaduan atau bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Johor memang kerajaan BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun UMNO Ke-80 di Tapak Rumah UMNO Ketereh di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Ketereh Datuk Seri Md. Alwi Che Mat Ahmad dan Ahli Parlimen Ketereh Datuk Khlir Md. Nor

Khairy Jamaluddin memberitahu, sekiranya DUN Johor dibubarkan lebih awal, beliau berpandangan ia platform terbaik untuk menguji kekuatan UMNO secara solo.

Katanya, bagaimanapun cadangan tersebut hanya melibatkan konteks PRN Johor dan bukan gambaran menyeluruh terhadap strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Soal apa akan berlaku dalam PRU nanti, itu keputusan besar yang perlu dijawab Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tetapi bagi saya, Johor ialah kerajaan UMNO dan BN, jadi pertahankanlah kerajaan itu atas kekuatan sendiri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN