Sokong syarat ketat daftar pemain import

Sokong syarat ketat daftar pemain import

JUMLAH skuad bertanding dalam Liga Super telah ditambah kepada 18 pasukan. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENSTRUKTURAN semula Liga Malaysia (Liga M) oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bermula 2023 menyaksikan pelbagai perubahan drastik diperkenalkan bertujuan menjadikan saingan liga lebih kompetitif mengikut standard ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain menambah bilangan pasukan bertanding dalam Liga Super kepada 18, setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar seramai sembilan pemain import dengan hanya lima pemain dibenarkan berada di atas padang manakala seorang lagi pemain pula berada di bangku simpanan.

Saya berpendapat bahawa MFL cuba untuk bersikap adil bagi Liga Super musim depan memandangkan mengikut format semasa, pasukan yang mempunyai skuad kedua seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang mempunyai kelebihan besar berbanding pasukan lain contohnya Kedah FC kerana mempunyai sembilan pemain import yang boleh bertukar ganti antara pasukan utama dan pasukan kedua.

Namun, pihak MFL sendiri telah menjelaskan penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada percaturan pasukan. Pihak MFL perlu bertegas dalam isu pendaftaran pemain import bagi memastikan episod kegagalan pasukan membayar gaji pemain tidak berulang lagi di masa hadapan.

Pasukan jangan terlalu ghairah mendaftar pemain import mengikut kuota yang dibenarkan sehingga gagal ‘ukur baju di badan sendiri’. Tidak semua pasukan mempunyai kedudukan kewangan kukuh seperti JDT.

Kehadiran terlalu ramai pemain asing dalam pasukan yang bertanding dalam Liga M boleh menjejaskan minit permainan pemain tempatan terutama bagi posisi penyerang yang akhirnya menyukarkan jurulatih skuad kebangsaaan dalam memilih pemain membarisi skuad Harimau Malaya.

Saya berharap agar keputusan MFL membenarkan pasukan bawah 23 tahun yang beraksi dalam Liga Simpanan menyenaraikan pemain import dapat dikaji semula agar hasrat untuk menyediakan barisan pemain pelapis tempatan yang berkualiti tidak terjejas.-UTUSAN

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya