Rakyat mahu kerajaan stabil atasi inflasi

Rakyat mahu kerajaan stabil atasi inflasi

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah satu-satunya cara untuk mengatasi kadar inflasi atau kenaikan harga barangan yang sedang melanda negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERDASARKAN tinjauan terutama di media sosial, kebanyakan rakyat percaya bahawa hanya melalui kerajaan yang kuat dan stabil mampu mengatasi kadar inflasi atau kenaikan harga barangan yang sedang melanda negara.

Dengan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada kadar segera bukanlah sesuatu perkara yang buruk kerana dengan cara itu sahajalah kerajaan yang stabil dan kuat dapat dibentuk sekali gus menyelesaikan krisis yang melanda terutama dalam usaha meyakinkan para pelabur untuk melabur ke negara kita.

Malah, keyakinan rakyat semakin bertambah dengan beberapa berita pelaburan yang semakin rancak di negara jiran seperti pelaburan daripada LG Energy Solution yang merupakan syarikat besar di dunia selain pelaburan daripada Russia yang turut diumumkan baru-baru ini yang sudah pastinya berkait rapat dengan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang kukuh dan stabil.

Maka tidak hairanlah kerajaan stabil melalui PRU15 amat dituntut rakyat demi memacu ekonomi negara yang lebih baik sekali gus mengatasi masalah inflasi dan kadar kenaikan harga barang.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal berbanding tempoh mandat Parlimen berakhir pada pertengahan tahun depan.

Namun, baru-baru ini pula kepimpinan utama UMNO tidak pernah berbincang tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 meskipun ketetapan itu dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lalu.-UTUSAN

MOHAMAD ZAIKHAN
Setiausaha Pemuda Parti Bangsa Malaysia Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya