Orang tidur cukup, hidup lebih lama

Orang tidur cukup, hidup lebih lama

TIDUR yang cukup membolehkan badan membaik pulih sel-sel dan otot-otot kita. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASYARAKAT antarabangsa menghargai kepentingan tidur sehinggakan mereka mewujudkan Hari Tidur Sedunia yang disambut setiap tahun pada hari Jumaat minggu ketiga bulan Mac.

Sedar atau tidak sedar, sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020, jumlah dan kualiti tidur kita terjejas. Dengan pengenalan arahan Bekerja Dari Rumah (BDR), kebanyakan individu mendapati orientasi kerja mereka bukan sahaja bertambah tetapi ada yang bekerja di luar waktu kerja sebenar.

Walaupun sudah kembali bekerja di pejabat, beban tugasan memaksa sesetengah individu kerap berjaga malam demi memastikan kerja terlaksana mengikut tarikh ditetapkan. Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada tidur kita.

Pakar kesihatan mengatakan tempoh tidur yang disarankan mencukupi bagi seseorang dewasa selama tujuh ke lapan jam sehari. Dapatan kajian pakar neurosains mencadangkan semakin kurang tidur seseorang, semakin singkat jangka hayat hidupnya. Ini disebabkan kesan langsung terhadap otak dan tubuh manusia.

Jika dibandingkan dengan robot atau mesin, sememangnya jentera ini mampu bekerja lebih lama dari manusia, Namun, jentera ini juga ada had maksimum dan dihentikan setelah waktu tertentu bagi menjamin prestasi dan bagi mengelakkan kerosakan di masa hadapan.

Maka, dalam kenyataan mesin dan robot perlu direhatkan, apatah lagi kita sebagai insan bernama manusia ini. Dengan mendapatkan tidur mencukupi, seseorang boleh memberi perhatian dan tumpuan yang jitu ketika keesokan hari.

Di samping itu, dapat menghindari gangguan fungsi kognitif dan kelesuan yang keterlaluan. Negara yang mempunyai rakyat cukup tidur, sihat fizikal dan mental adalah negara yang bukan sahaja produktif bahkan ceria dan gembira. – UTUSAN

DR. MOHD. HAFIZ ZULFAKAR dan MOHD. FAIZOL RIZAL MOHD. RASID, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya