Insurans perubatan yang patut kita tahu

Insurans perubatan yang patut kita tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INSURANS perubatan merupakan istilah yang sering didengari. Tetapi, apa sebenarnya insurans perubatan? Adakah ia penting?

Dalam dunia yang penuh kebarangkalian dan keadaan ekonomi tidak stabil, mempunyai peruntukan kewangan untuk diri sendiri dan insan sebagai payung kecemasan adalah sangat penting. Ia dipanggil insurans perubatan.

Ramai tidak tahu bahawa insurans perubatan memainkan peranan sangat signifikan. Bukan hanya kerana melibatkan kos perubatan yang tinggi tetapi ada beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan.
Antaranya perubahan gaya hidup tidak sihat mendedahkan kita kepada lebih banyak masalah kesihatan. Ini tidak termasuk faktor persekitaran tempat bekerja, pencemaran dan banyak lagi.

Faktor-faktor ini menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser, buah pinggang dan jantung.

Dengan memiliki insurans perubatan bukan sahaja dapat melindungi kita dari segi kos perubatan, malah boleh mendapat potongan cukai pendapatan sehingga RM3,000.

Selain itu, kajian menunjukkan Malaysia sedang mengalami inflasi dalam rawatan kesihatan. Ini bermaksud bil perubatan boleh menjadi lebih mahal melebihi kemampuan.

Namun dengan adanya insurans perubatan, pesakit kini tidak perlu rungsing untuk menanggung kos perubatan yang tinggi. Ia secara langsung meringankan beban dan pesakit tidak lagi perlu menghabiskan wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun semata-mata untuk membayar kos rawatan.

Apabila berlaku kejadian tidak dijangka seperti kemalangan, rawatan segera perlu dilakukan sekiranya mangsa mengalami kecederaan parah. Namun, biasanya, rawatan melibatkan kes yang serius menelan kos tinggi seperti pembedahan.

Jadi, beberapa situasi ini memperlihatkan betapa pentingnya perlindungan insurans perubatan buat seseorang yang mampu dari segi kewangan.-UTUSAN

JEREMY J
Qoala Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN