Buang masa, duit tonton filem pornografi

Buang masa, duit tonton filem pornografi

AKTIVITI menonton filem pornografi boleh menggangu pembelajaran dan aktiviti harian sebagai pelajar universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN internet merupakan satu revolusi dalam penyaluran informasi dan menghubungkan dunia, namun ia tidak terkecuali daripada impak negatif. Antara kontroversi yang hebat diperdebatkan adalah elemen lucah atau istilah yang lebih khusus, pornografi internet.

Pornografi internet merupakan antara fenomena baharu yang hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak memandangkan semua peringkat umur terdedah kepada aktiviti menonton filem lucah terutama remaja yang mempunyai rasa ingin tahu.

Kesan daripada ketagihan seksual internet yang keterlaluan boleh menyebabkan jadual seharian terganggu. Menurut Pensyarah Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohammad Isa Amat, seseorang akan menonton filem lucah apabila keseorangan di rumah untuk menghilangkan rasa bosan.

Pornografi boleh menyebabkan individu mengalami gangguan dalam kehidupan seharian. Ini kerana aktiviti kurang sihat ini mengganggu proses kedewasaan memandangakan pelajar universiti sepatutnya boleh membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk pada usia remaja.

Malah, ketagihan filem dewasa ini juga boleh mengganggu pembelajaran dan menyebabkan pelajar menghabiskan duit belanja yang diberikan ibu bapa atau biasiswa pada jalan yang salah seperti membeli video lucah.

Kesimpulannya, perkara ini perlu dititikberatkan oleh semua pelajar universiti kerana mereka telah melangkah ke alam yang bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kemahuan tetapi perlu diingatkan bahawa setiap perbuatan buruk pasti ada akibatnya.

Jadi, amat penting untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sentiasa mengingati tujuan ke universiti untuk menuntut ilmu serta menjadi harapan ibu bapa.-UTUSAN

HAZIQ IKHWAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya