Tepuk dada tanya selera mahu sambut Bon Odari

Tepuk dada tanya selera mahu sambut Bon Odari

PENGANJUR perlu memastikan perayaan Bon Odari bebas daripada sebarang unsur keagamaan selain tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASYARAKAT Jepun meraikan perayaan Bon Odori bagi memperingati kedatangan roh nenek moyang yang meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mendakwa kajian yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) membuktikan perayaan itu mempunyai gabungan unsur keagamaan dan bimbang boleh merosakkan akidah.

Namun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencadangkan Idris menghadiri festival itu bagi memahami perbezaan antara agama dan budaya kerana perayaan itu merupakan acara kebudayaan yang disambut di Malaysia sejak beberapa dekad.

Menurut kenyataan dalam laman Facebook Selangor Royal Office, Bon Odori dapat memupuk muhibah antara rakyat Malaysia dan masyarakat Jepun yang bekerja dan tinggal di sana selain menghimpunkan keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Festival itu mempamerkan budaya tradisional masyarakat Jepun, khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisional serta produk makanan tempatan.

Bagi mengelak sebarang salah faham dengan perayaan asal yang disambut di Jepun yang mempunyai aspek penyembahan berhala dan khurafat, mufti kerajaan negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya perayaan Bon Odori di Malaysia ditukar kepada nama lain.

Beliau juga menasihatkan penganjur memastikan acara itu bebas daripada sebarang unsur keagamaan selain tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

Jadi, masyarakat Islam berhak untuk tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori ini jika mereka mempunyai keraguan tentang wujudnya unsur keagamaan atau ritualistik bagi mengekalkan integriti agama yang dianuti.-UTUSAN

NUR I’ZZATUN NAJWA
Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi Media Baharu,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya