IPOH: Seorang anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan memiliki imej pornografi seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun antara Februari lalu hingga bulan ini. Tertuduh, Muhammad Aidilafifi Muhammad, 28, membuat pengakuan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Seri Iskandar, dalam dan…










