Jika kata-kata itu mutiara, berdiam diri itu emas - Saiful Apek - Utusan Malaysia

Jika kata-kata itu mutiara, berdiam diri itu emas – Saiful Apek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Saiful Apek, menegaskan kepentingan menjaga tutur kata di media sosial.

Menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, Saiful atau Muhammad Saifulazam Mohamed Yusoff berkata tidak semua perjata perlu diulas lebih-lebih lagi jika tidak membawa sebarang.

“Bersuara hanya bila kata-kata anda lebih indah daripada diam. Jika kata-kata itu mutiara, kadang-kadang berdiam diri itu adalah emas,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon filem Duyung itu berpendapat setiap individu perlu bersuara untuk menyatakan perkara yang penting berbanding bercakap tanpa pengisian yang jelas.

“Cakap yang penting, bukan yang penting cakap,” ringkasnya.

Perkongsian tersebut menerima perhatian ramai yang menyifatkan kata-kata berkenaan sebagai nasihat penuh hikmah dan relevan dengan situasi semasa.

“Kata-kata pertama yang saya baca pagi ni dan saya suka!,” komen seorang netizen.

“Terima kasih abang Saiful. Berisi kata-kata abang. Ada pegangan dan bukan kosong. Insya Allah, boleh dijadikan iktibar,” puji seorang warganet. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN