Kejar populariti tapi perlekeh agama - Utusan Malaysia

Kejar populariti tapi perlekeh agama

BARU-BARU ini tular beberapa hantaran video di platform TikTok yang memaparkan seorang lelaki bersembahyang dengan kipas seolah-olah menjadikan ia sebagai makmumnya semata-mata untuk kandungan media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGGUNAAN media sosial kini lebih meluas disebabkan kemajuan teknologi yang semakin canggih.

Tahun lalu, dianggarkan lebih 3.7 bilion penduduk dunia menggunakan media sosial dan dijangka mencecah 4.41 bilion menjelang 2025.

Namun, jumlah ramai tidak bermaksud mereka sedar, tahu dan peka tentang etika penggunaan media sosial.

Pada zaman ini, terdapat segelintir masyarakat yang menyalahgunakan media sosial untuk mengejar populariti tetapi dalam masa yang sama memperlekehkan agama Islam.

Etika penggunaan media sosial yang salah akan merosakkan akhlak dan akidah seseorang Muslim. Kebanyakan individu yang terlibat ialah remaja dan kanak-kanak. Mereka terlalu terdedah dengan hiburan sehingga menyebabkan berlaku kelalaian.

Antara puncanya adalah perasaan untuk mencuba sesuatu yang baharu dan menghiburkan penonton. Tetapi unsur-unsur agama tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan hiburan.

Selain itu, remaja kurang didedahkan dengan ilmu agama dan terlalu bebas melakukan apa sahaja di media sosial.

Media sosial kini dipengaruhi budaya Barat dan ia boleh mempengaruhi orang Islam melalui aktiviti melalaikan sedangkan kita diperintahkan untuk menjauhkan diri daripadanya seperti firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 70 yang bermaksud: .

“Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.”

Oleh itu, utamakan kandungan media sosial yang berunsur kebaikan kerana ia akan mempengaruhi minda terutama kanak-kanak untuk menggunakannya dengan lebih beretika. – UTUSAN

AHMAD AIMI AZHAR, Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya