Tidak perlu bazir wang beli suplemen - Utusan Malaysia

Tidak perlu bazir wang beli suplemen

SUPLEMEN vitamin hanya disyorkan untuk warga emas. – GAMBAR HIASAN/SYAWAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENJUALAN suplemen vitamin dalam bentuk serbuk dan pil meningkat semasa pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu kerana penduduk dunia mencari-cari cara untuk memperkuatkan sistem imun mereka.

Vitamin merupakan sebatian organik daripada tumbuhan dan haiwan yang diperlukan tubuh kita supaya badan berfungsi dengan baik. Ramai berpendapat bahawa suplemen vitamin tidak memudaratkan. Namun, pakar mengatakan pendapat itu salah.

Suplemen vitamin sering diiklankan sebagai menguatkan sistem imun, mengukuhkan tulang dan kadangkala juga sebagai pelindung daripada Covid-19 serta menyembuhkan kanser. Kajian pasaran menunjukkan jualan suplemen ini meningkat pesat semasa pandemik.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa memakan suplemen vitamin bukan sahaja membazirkan wang tetapi juga berbahaya. Sebenarnya, pemakanan yang seimbang sudah menyediakan badan kita dengan jumlah yang mencukupi bagi hampir semua vitamin.

Kebanyakan orang tidak memerlukan suplemen vitamin. Jika kita mengambil vitamin dengan dos tinggi tanpa perlu, ia akan memudaratkan kesihatan.

Suplemen makanan termasuk vitamin tidak tertakluk kepada ujian kualiti dan keselamatan seperti ubat-ubatan mengakibatkan pil dan serbuk vitamin adalah tidak ‘bersih’ sepenuhnya.

Terlalu banyak vitamin D boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan masalah buah pinggang. Mengambil dos vitamin C secara berlebihan bagi tempoh terlalu lama pula boleh merosakkan pundi kencing dan menyebabkan penyakit batu karang.

Terlebih dos vitamin kadangkala tidak disedari kerana kebanyakan orang mengambilnya secara semula jadi dalam makanan yang telah diperkaya dengan vitamin.

Sebenarnya, suplemen vitamin hanya disyorkan untuk beberapa segmen populasi, contohnya wanita hamil, pesakit yang menjalani kemoterapi dan warga emas. – UTUSAN

AZIZI AHMAD, Segambut Luar, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya