Denda mereka yang enggan mengundi dalam PRU15 - Utusan Malaysia

Denda mereka yang enggan mengundi dalam PRU15

RAKYAT perlu diwajibkan untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam menjamin keharmonian serta kestabilan politik dan ekonomi negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah ketika beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Berdasarkan situasi yang membimbangkan itu, tidak mustahil sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang mungkin diadakan selepas Julai nanti mengalami nasib sama. Ini kerana rakyat sudah menterjemahkan tindakan mereka untuk tidak mengundi dalam beberapa PRK dan PRN sebelum ini.

Jadi, wujud satu keperluan untuk kerajaan mengetatkan undang-undang agar seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam atau luar negara keluar mengundi pada hari PRU nanti.

Antaranya, kerajaan boleh mengenakan denda RM100 sekiranya rakyat enggan mengundi tanpa sebab yang munasabah dan pemerintah juga boleh memberi duit minyak kepada mereka yang tinggal jauh dari tempat mengundi. Cara ini dapat menarik rakyat untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

Keengganan rakyat untuk keluar mengundi boleh mengganggu proses pembentukan kerajaan dan kita tidak mahu masalah lain timbul selepas sesebuah kerajaan dibentuk di kemudian hari.

Tidak kira apa jua ideologi politik seseorang, kita perlu memahami bahawa kemakmuran negara bukan terletak pada politik semata-mata tetapi keikhlasan rakyat untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Malaysia harus berada di tangga pertama dalam apa juga aspek termasuk ekonomi, infrastruktur, sosial dan sebagainya.16

Melalui pemilihan pemimpin yang betul, saya percaya Malaysia akan kembali ke landasan yang betul dengan merancakkan kembali ekonomi dan kemakmuran negara. – UTUSAN

ABDUL KADIR MOHAMMAD, Paloh, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya