Ramai Rohingya di Seberang Pantai Johor

Ramai Rohingya di Seberang Pantai Johor

DIANGGARKAN bilangan etnik Rohingya di Malaysia sekarang adalah seramai 200,000 orang. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin membuat aduan berkenaan kebanjiran etnik Rohingya di Kampung Chegar, Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Situasi terkini di sini amat membimbangkan saya. Rumah-rumah disewakan kepada etnik ini menyebabkan populasi mereka semakin bertambah.

Kawasan ini yang terletak bersebelahan Sungai Kedah sebenarnya cukup strategik kerana dikelilingi kawasan-kawasan utama di Kedah seperti Istana Anak Bukit iaitu tempat bersemayam Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Stadium Sultan Abdul Halim dan Seri Mentaloon iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Keadaan menjadi semakin merisaukan apabila penduduk serta ahli jawatankuasa masjid kini sudah tidak lagi memantau kemasukan jemaah ke surau dan masjid.

Hal ini kerana sebahagian daripada etnik Rohingya tidak lengkap dos vaksinasi, malah ada yang langsung tidak mengambil vaksin. Sedangkan kini mereka bebas menunaikan solat bersama penduduk tempatan.

Ada dalam kalangan mereka juga tidak menghormati orang-orang kampung dengan bercakap secara kasar serta tidak mempedulikan teguran yang diberikan penduduk.

Sesetengah penduduk juga berasa tidak selamat dengan peningkatan bilangan mereka di sini.

Saya amat berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan pemantauan serta menambah rondaan di sekitar kawasan ini.

Saya bimbang sekiranya dibiarkan lebih lama, risiko keselamatan dan kesihatan para penduduk akan lebih terancam.

Bagaimanapun, saya sedar langkah menangani isu etnik ini yang dianggarkan sebanyak 200,000 orang di Malaysia iaitu terbesar di Asia Tenggara agak sukar.

Pengusiran etnik Rohingya secara paksa adalah tersenarai sebagai salah satu jenayah kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa, khususnya Statut Rom berkenaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman ke atas Genosid 1948. – UTUSAN

ABU BAKAR, Alor Setar, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya