Vaksin tak mampu lawan Covid-19? - Utusan Malaysia

Vaksin tak mampu lawan Covid-19?

Kementerian Kesihatan menerima 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang memerlukan penyiasatan dan penilaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DUA tahun sudah berlalu, namun ternyata Covid-19 memberikan kesan ‘kerosakan’ sama di seluruh dunia.

Jika melihat dari sudut maqasid syariah, ia merupakan hikmah yang perlu diserlahkan dalam sistem kehidupan masyarakat Islam untuk mengelak daripada berlakunya risiko jangkitan. Namun, sekarang ini jelas nampak keadaannya sudah berbeza.

Maksud maqasid syariah adalah tujuan atau makna dikehendaki syarak yang mesti diusahakan untuk dicapai.

Berbalik kepada isu ini, kesan vaksin menjadi punca keradangan jantung serta boleh menyebabkan kematian sehingga menyebabkan ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat dan mencetuskan paranoid. Perkara ini sudah banyak diuar-uarkan di media massa dan media sosial.

Apakah vaksinasi dari sudut hendak menjaga nyawa tidak diberikan penilaian secara teliti sama ada ia diyakini membawa lebih manfaat atau sebaliknya? Ini kerana kesan suntikan vaksin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, sebaliknya beberapa tahun kemudian. Kenyataan ini merujuk kepada kes-kes yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Covid-19 jika dilihat dari sudut neraca iman dan tauhid sebenarnya telah pun merosakkan kelima-lima yang menjadi asas utama dalam menentukan kepentingan maqasid syariah.

Kehidupan manusia hari ini sudah kembali normal, penuh dengan aktiviti harian, namun timbul persoalan yang masih tiada jawapan iaitu dari mana datangnya Covid-19 dan mengapa sehingga hari ini masih tiada ubat melainkan vaksin?

Namun, ia mendapat pertikaian apabila pakar-pakar kesihatan mengesyorkan tempoh kuarantin 14 hari untuk mengawal atau mengesan virus dalam badan seseorang.

Ternyata dari sudut maqasid syariah menunjukkan satu bukti vaksinasi yang memberi kesan kerosakan secara menyeluruh terhadap tuntutan kehendak dalam memelihara lima kaedah sebagai teras memenuhi prinsip maqasid syariah tersebut.

Maka adakah vaksin benar-benar dapat menjaga maslahat umat atau dampaknya mengundang lebih mudarat kepada kesihatan pada masa akan datang dan seterusnya?

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya