Pas Pusat, negeri sama angkuh

Pas Pusat, negeri sama angkuh

Pas
FORMULA kestabilan politik di Malaysia dan di negeri-negeri seluruh negara ialah bila Pas tidak memerintah. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI, akar umbi ahli UMNO amat bersetuju dengan jawapan berhemah daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Februari lalu. Terbukti kerajaan sekarang stabil dengan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dari UMNO dan disokong oleh rakan-rakan parti lain.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah dari Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum itu bahawa formula untuk melihat kestabilan politik di negara ini adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.

Muhammad Sanusi sehari selepas itu menjelaskan kenyataannya itu adalah dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Apa pun penjelasan yang diberikan, kami terpanggil untuk menyangkal kedangkalan Muhammad Sanusi kerana mutakhir ini, pucuk pimpinan Pas di peringkat Pusat dan negeri begitu berani serta lantang menghentam UMNO tanpa sebab munasabah.

Parti itu memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Keangkuhan pemimpinnya di peringkat negeri melambangkan serta membawa imej keangkuhan kepimpinan Pas Pusat.

Maka tidak hairanlah, ia tidak diterima ketika PRN Melaka dan PRN Sarawak baru-baru ini, lalu ia kalah teruk tanpa memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ketika PRN Sabah, rakyat jelata menyaksikan Perikatan Nasional (PN) sendiri tidak memberi peluang kepada mana-mana calon Pas untuk bertanding, walaupun Pas ialah komponen penting dalam gagasan itu.

Justeru, berdasarkan fakta-fakta di atas, pada hakikatnya formula kestabilan politik di Malaysia adalah bila Pas tidak memerintah kerana parti itu ditolak oleh majoriti rakyat.- UTUSAN

AHLI AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya