Zakat boleh bantu cegah jenayah - Utusan Malaysia

Zakat boleh bantu cegah jenayah

dalah untuk mengeluarkan zakat dengan sempurna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KINI umat Islam berada di tahun baharu 2022. Antara azam yang perlu diberi perhatian adalah memastikan kita mengeluarkan zakat dengan sempurna.

Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Pensyariatan zakat sangat unik berbanding ibadah-ibadah lain kerana menggabungkan dua tanggungjawab iaitu terhadap Allah SWT dan manusia.

Justeru, objektif dan hikmah zakat terbahagi kepada dua, iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memenuhi kehendak fakir dan miskin.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai hikmah yang bakal diperoleh oleh umat Islam terhadap pelaksanaan ibadah zakat harta dalam kehidupan seharian.

Pertama, membuktikan sepenuhnya kepatuhan, ketaatan, pengabdian diri dan keimanan kepada Allah SWT.

Sebagai bukti menyatakan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT, maka manusia diuji dengan kewajipan berzakat iaitu dengan mengeluarkan kadar tertentu daripada harta yang disayanginya.

Kedua, zakat juga dilihat melambangkan manifestasi kesyukuran seseorang hamba kepada Allah SWT di atas segala nikmat harta yang dikurniakan.

Ketiga, terdapat hadis Nabi SAW yang menegaskan bahawa perbuatan mengeluarkan harta bertujuan pembersihan daripada dosa-dosa.

Keempat, memupuk sifat dermawan dan pemurah selain membuang sifat kedekut kerana fitrah manusia sangat sayangkan harta benda.

Kelima, mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kehidupan masyarakat di dalam sesebuah negara.

Perkara ini boleh digambarkan melalui ketiadaan berlaku kes jenayah, rompakan dan sebagainya, sekiranya golongan yang memerlukan kewangan dibantu dengan wang zakat.

DR. AZRI BHARI, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN