Manchester City kembali ke prestasi juara

Manchester City kembali ke prestasi juara

Pemain tengah Manchester City, Jeremy Doku (kiri) meraikan jaringan gol ketiga pasukannya menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Etihad, Manchester, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City menambah derita Liverpool apabila membelasah The Reds 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam sekali gus meletakkan juara bertahan itu menghuni tangga kelapan liga.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool mengalami kekalahan kelima daripada enam perlawanan EPL dan kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.

Kemenangan bergaya itu juga menjadi detik istimewa buat Pep Guardiola yang meraikan perlawanan ke-1,000 dalam karier pengurusannya.

Selepas melalui musim lalu tanpa sebarang trofi buat pertama kali dalam lapan tahun, City kini kelihatan kembali ke prestasi lama mereka.

“Musim lalu kami tidak dapat melakukannya. Kami kehilangan tenaga. Saya cuba pelbagai cara, tetapi saya tidak berjaya ‘menghidupkan semula’ pasukan. Atas pelbagai sebab kami tidak mampu melakukannya, tetapi ia satu pengajaran yang baik,” kata Guardiola.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, Erling Haaland, Nico Gonzalez, dan Jeremy Doku masing-masing menjaringkan gol untuk membawa pasukan Pep Guardiola merapatkan jurang kepada hanya empat mata dengan Arsenal.

Bagi kapten Liverpool, Virgil van Dijk akui kekalahan ini merupakan tamparan besar kepada pasukan namun dia berjanji Reds akan kembali bangkit.

“Realitinya, kami tewas 0-3 dan itu satu tamparan besar. Kami sama sekali tidak akan berputus asa. Ini baru November, dan kami bersedia untuk musim yang panjang dan perjuangan besar,” katanya.

Beberapa keputusan pengadil juga tidak menyebelahi Liverpool apabila gol Van Dijk pada kedudukan 1-0 dibatalkan secara kontroversi kerana Andy Robertson dikatakan berada dalam posisi ofsaid di hadapan penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma.

Arne Slot mengakui menyalahkan keputusan itu hanya akan menutup jurang kualiti antara kedua-dua pasukan.

Meskipun dalam prestasi yang buruk, Liverpool masih hanya dua mata di belakang Chelsea yang kini berada di tangga ketiga.

“Saya tidak akan kata kami kalah kerana keputusan itu, kerana jika kedudukan menjadi 1-1 tetapi City terus bermain seperti tadi, kami tetap akan bergelut pada separuh masa kedua.

“Kami perlu dapatkan keputusan positif sebelum boleh mula memikirkan soal kejuaraan. Cara terbaik menilai kedudukan liga ialah selepas 38 perlawanan, tetapi cara kedua terbaik ialah selepas 19 perlawanan apabila semua pasukan sudah saling bertemu.

Fokus utama kami ialah mendapatkan keputusan. Perkara terakhir yang harus difikirkan ialah perebutan gelaran. Kami perlu perbaiki diri dan itu jelas,” ujar Slot. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN