Mahkamah diberitahu Zara Qairina mengadu diganggu

Mahkamah diberitahu Zara Qairina mengadu diganggu

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kawan baik pelajar tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir memberitahu remaja itu pernah mengadu diganggu dengan seorang pelajar perempuan tomboy.

Menurut saksi kanak-kanak ke-32, Zara Qairina memberitahunya bahawa pelajar pe­rempuan tomboy juga pernah cuba untuk masuk ke dalam bilik mandi yang sama dengan remaja terbabit.

Selain itu saksi yang juga kawan baik Zara Qairina semasa di Sekolah Rendah Agama Negeri itu memberitahu pelajar perempuan ‘tomboy’ itu juga yang terlalu obses dengannya hingga melakukan perbuatan tidak senonoh seperti mencium kemaluannya semasa remaja itu tidur.

Jelas saksi itu, perkara itu berlaku semasa Zara Qairina bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar di sini.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan media oleh peguam Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina.

Pada prosiding terdahulu, Ketua Warden, Azhari Abd. Sagap memberitahu mahkamab bahawa pada hari Zara Qairina ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri, individu yang dikatakan membuli remaja terbabit tidak berada di sekolah berkenaan kerana menyertai aktiviti sukan di Perlis.

Selain itu, saksi inkues ke-41 itu juga memberitahu, sekitar Jun lalu, Zara Qairina ada menggunakan akaun TikTok rakannya itu untuk menghantar mesej kepada seseorang yang tidak dikenali oleh saksi berkenaan.

Tambah saksi berkenaan, pelajar Tingkatan Satu itu berbuat demikian dengan tujuan menasihati individu tersebut supaya tidak mengganggu remaja itu di sekolah dan di akaun TikTok milik Zara Qairina.

Terdahulu, kawan baik Zara Qairina itu memberitahu, dia senang berkawan dengan remaja terbabit kerana remaja itu seorang baik, ceria dan put effort demi persahabatan seperti membeli hadiah.

Bagaimanapun, saksi berke­naan turut memberitahu, sepanjang persahabatan mereka, Zara Qairina akan mudah cemburu sekiranya saksi rapat dengan orang lain.

Selain itu, saksi memberitahu Zara Qairina juga manja dengan ibunya, Noraidah.

Remaja terbabit akan ke mana-mana dengan ibunya itu dan Noraidah juga sering menghantar dan mengambil anaknya di rumah rakannya itu sekiranya Zara Qairina ke rumah saksi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN