Aku bukan sasterawan - Utusan Malaysia

Aku bukan sasterawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA benar ada gelaran untuk diberikan kepadaku, seharusnya atas nama penulis sepanjang hayat barangkali lebih bertepatan kerana aku menulis berterusan dari dahulu sampai sekarang belum berhenti lagi.

Berbanding gelaran sasterawan negeri seperti dicadangkan oleh segelintir kawan-kawan, aku belum layak lagi menerimanya.

Masih terlalu jauh untukku sampai ke tahap itu. Namaku jarang ada dalam senarai pemenang sayembara walaupun sagu hati.

Hadiah utama jauh langit dari bumi. Namaku tak lebih daripada satu titik kecil, hampir tak kelihatan di sudut peta penyair Malaysia.

Belumku jumpa namaku disebut dalam halaman kertas kerja pengkritik sastera negara. Sampai kini aku lebih senang dipanggil sebagai penulis sajak yang entahkan ada nilai seni sajakku atau tidak.

Kesimpulannya, aku bukan sasterawan. Sekadar penulis biasa yang hanya boleh berkarya, tapi tak punya ilmu.

ALADIN MOHAMAD, Jasin, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya