Institusi kehakiman bebas campur tangan politik - Utusan Malaysia

Institusi kehakiman bebas campur tangan politik

Najib Tun Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RABU lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Dalam pada itu, Najib dilaporkan meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mendakwa kesalahan yang dilakukan beliau itu bukan untuk kepentingan nasional.

Menurut Najib, dakwaan beliau memalukan negara adalah tidak benar kerana banyak sumbangan telah diberikannya termasuk meningkatkan kekayaan dan hasil negara sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Bagi saya, dalam kes itu keputusan Mahkamah Rayuan bukanlah muktamad.

Oleh itu, terimalah keputusan keseluruhan kes berkenaan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak sehingga boleh mendatangkan kemudaratan dari sudut keselamatan dan ketenteraman awam.

Kita percaya institusi kehakiman negara masih utuh dan bebas daripada campur tangan pihak ketiga terutamanya politik.

Sudah menjadi lumrah pihak yang kalah tidak akan berpuas hati dan kecewa.

Namun, itulah pertimbangan keadilan yang diputuskan di peringkat Mahkamah Rayuan secara sebulat suara oleh panel tiga orang hakim berasaskan kepada fakta kes berkenaan.

Justeru, perayu masih mempunyai ruang dalam membentangkan apa jua penemuan bahan bukti baharu di peringkat rayuan tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan bagi tujuan mencabar keputusan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Kita berdoa agar perayu berkemungkinan mendapat keadilan sewajarnya di peringkat rayuan terakhir beliau kelak.

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya