Rangka bayi dibalut akhbar berusia 300 tahun

Rangka bayi dibalut akhbar berusia 300 tahun

PASUKAN penyiasat memeriksa bangunan yang menjadi lokasi penemuan rangka seorang bayi lelaki pada Julai 2024.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Rangka seorang bayi lelaki yang ditemukan dibalut dengan surat khabar bertarikh 1910 dan tali pada lehernya didakwa mungkin masih hidup sehingga 300 tahun lalu.

Kanak-kanak itu didaftarkan sebagai ‘Baby Auckland’ dalam inkues kematiannya yang dibuka mahkamah koroner di Crook kelmarin.

Seorang kontraktor menemukan rangka tersebut pada 2024 di bawah papan lantai sebuah rumah zaman Victoria di Bishop Auckland.

Terdapat tali dililit pada leher bayi itu dan mayatnya dibalut dengan surat khabar bertarikh 1910.

Pada awalnya dipercayai bayi itu dilahirkan sekitar tahun tersebut, namun misteri semakin mendalam apabila inkues dimaklumkan tarikh radiokarbon menunjukkan dia berkemungkinan besar hidup antara tahun 1726 hingga 1812.

Koroner kanan, Jeremy Chipperfield, secara rasmi membenarkan pengurusan rangka bayi itu untuk membolehkan proses pengebumian dijalankan.

Mahkamah turut dimaklumkan bedah siasat gagal menentukan punca kematian.

Berdasarkan penemuan surat khabar, pihak berkuasa memaklumkan mereka akan meneliti rekod pemilikan rumah bagi mengenal pasti penghuni antara tahun 1900 hingga 1920.

Ketua penyiasat, Mel Sutherland berkata, fokus utama adalah untuk mengenal pasti identiti bayi tersebut serta mengetahui apa yang berlaku dan bagaimana ia boleh berada di bawah lantai rumah berkenaan.

Beliau turut memberitahu BBC, siasatan tersebut mencabar kerana memerlukan banyak penyelidikan serta bergantung kepada analisis saintifik.

Analisis pentarikhan karbon dan DNA oleh Durham Constabulary tidak berjaya mengenal pasti identiti rangka tersebut, namun DNA mengesahkan ia merupakan bayi lelaki.

Inkues dimaklumkan, tali dililit tiga kali pada leher bayi tersebut. Rangka itu dibalut dengan surat khabar Umpire bertarikh 19 Jun 1910, akhbar Ahad yang diasaskan di Manchester pada 1884.

Dalam prosiding awal, Chipperfield dimaklumkan bayi itu dipercayai cukup bulan sekitar 40 minggu, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia lahir mati atau sebaliknya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN