Lima mangsa kepala air sudah ditemukan

Lima mangsa kepala air sudah ditemukan

OPERASI mencari dan menyelamat mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor diteruskan selepas lima daripada lapan mangsa ditemukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak di sini semalam ditemukan setakat ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, empat lagi mangsa ditemukan selepas seorang mangsa lelaki ditemukan lebih awal kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran tapak perkhemahan Sungai Luit kira-kira pukul 9.20 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa kini dalam proses dibawa keluar oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya di lokasi.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Vijiyam Vengadabala.

Menurut Ashrul Riezal, operasi SAR diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi memperluas usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

“Sektor A meliputi kawasan Lata Jebus hingga Lubuk Pertak, manakala Sektor B dari Lubuk Pertak hingga Jambatan Dam.

“Sektor C pula membabitkan kawasan Jambatan Dam, sementara Sektor D meliputi kawasan empangan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini