Mana dimaksudkan assabiyah? - Utusan Malaysia

Mana dimaksudkan assabiyah?

KEWUJUDAN pusat jualan nombor ramalan yang dimonopoli oleh bangsa Cina membuktikan Malaysia tidak mengamalkan prinsip assabiyah dalam pentadbiran kerajaan. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yang menyatakan perjuangan UMNO dan Pas bersifat assabiyah.

Ironinya, jika dilihat terdapat banyak sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.

Sebagaimana diketahui umum, terdapat 12 jutawan Malaysia sementara terdapat 153,000 orang Melayu, 11,000 orang India dan 7,000 orang Cina miskin tegar.

Dengan adanya lesen judi termasuk jualan nombor ramalan yang menjadi pilihan kaum Cina, mereka berpeluang mengaut untung, sekali gus menjadi jutawan jika mendapat hadiah kemenangan bernilai puluhan juta ringgit. Malah, difahamkan terdapat pemain judi berbangsa Cina memenangi hadiah daripada pihak jualan nombor ekor iaitu sebanyak RM1,000 sehari untuk tempoh 20 tahun.

Pada masa sama, rumah-rumah kedai di seluruh negara pada umumnya dikuasai oleh kaum mereka. Apakah itu semua dikatakan assabiyah?

Selain itu, kes gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) digugurkan tanpa dibicara, begitu juga kes mahkamah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digugurkan juga tanpa dibicara. Adakah itu satu kebanggaan di Pakatan Harapan (PH)?

BAHARUDDIN SAMEK, Parit Keroma, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya