Hilang kerja kerana sakit - Utusan Malaysia

Hilang kerja kerana sakit

ABDUL KADIR ketika masih sihat dan mampu mencari sumber pendapatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

SAYA merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di  Paloh, Johor. 

Baru-baru ini, saya disahkan mengidap penyakit tibi selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik swasta dan kemudiannya rawatan susulan di Klinik Kesihatan Paloh.

Saya ke Klinik Kesihatan bermula 25 Oktober lalu dan perlu mengambil ubat cecair setiap hari ke situ. Menurut doktor, saya memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk kembali sembuh, namun ia tetap bergantung pada penjagaan kesihatan.

Selepas mendapat penjelasan mengenai penyakit ini, saya menghubungi pegawai operasi syarikat pengawal keselamatan untuk memberitahu mengenai tempoh rawatan.

Bagaimanapun, amat menyedihkan kerana syarikat hanya mampu menanggung sebulan cuti rehat dan selebihnya saya perlu mengundurkan diri.

Justeru, saya meminta jasa baik mana-mana pihak yang sudi untuk membantu mengurangkan bebanan saya hadapi terutama dalam meneruskan kelangsungan hidup selepas kehilangan pekerjaan.

Saya boleh dihubungi di talian 010-3261381 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan diri atau menyalurkan sumbangan.

ABDUL KADIR MOHAMMAD, Paloh, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN