fbpx

16 Oktober 2021, 11:04 am

  TERKINI

Tak semesti kena sampai tepat waktu

PENGHANTAR makanan perlu sentiasa menjaga keselamatan dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEPATAH lama ada mengatakan, malang itu tidak berbau. Namun ia  masih lagi boleh dielakkan sekiranya kita sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan diri seperti memandu dengan berhemah. Bak kata orang, biar lambat asal selamat.

Berhubung kemalangan melibatkan penghantar makanan ketika pandemik, saya berfikiran mereka tidaklah didesak untuk memastikan semua pesanan makanan sampai tepat pada waktu seperti diminta pelanggan.

Statistik kemalangan membabitkan penghantar makanan sangat  membimbangkan sejak kebelakangan ini dan lebih menyayat hati apabila ia meragut banyak nyawa anak-anak muda.

Melalui pemerhatian, kerap juga saya melihat sesetengah penghantar makanan menunggang secara melulu serta ada yang melawan arus malah tidak mengendahkan lampu isyarat merah.

Oleh itu, sebagai peringatan, usahlah bersikap terburu-buru dalam mencari atau menambah sumber pendapatan kerana ia boleh mengundang risiko kemalangan.

Biarpun kerja tersebut tampak kecil nilainya di mata orang tetapi berharga buat diri sendiri. Ini kerana bukan sahaja seseorang itu memperoleh wang lebihan pendapatan malah dengan pekerjaan itu dapat memudahkan urusan orang lain semasa pandemik. Mereka tetap mendapat ganjaran pahala jika dilakukan dengan niat atau cara yang betul.

MOHD. FAUZIE, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN