Pertimbangkan guna vaksin digital - Utusan Malaysia

Pertimbangkan guna vaksin digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyambut baik jaminan kerajaan baru-baru ini bahawa semua 100 peratus penduduk dewasa di seluruh Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin Covid-19 pada Oktober ini berbanding jadual asal menjelang suku pertama tahun depan.

Langkah mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dibuat kerana penemuan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas sehingga menyebabkan kes positif meningkat mendadak.

Langkah itu dapat dilaksanakan berikutan kerajaan telah menempah 76.1 juta dos vaksin bagi menjayakan PICK.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus daripadanya merupakan vaksin Pfizer, Sinovac (23.4 peratus), AstraZeneca (10 peratus), CanSino (10.9 peratus) dan fasiliti COVAX (10 peratus).

Walaupun banyak usaha dilakukan kerajaan, saya berharap rakyat negara ini turut berusaha sendiri dengan mendapatkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang telah tersedia dalam bentuk digital terlebih dahulu.

Ia boleh diperoleh secara percuma melalui laman web www.infopathy.com/en/infoceuticals/pf-covid-19-vaccine-30c.

Sama seperti teknologi messenger ribonucleic acid (mRNA) yang sebenarnya sudah lama dikaji Dr. Robert Malone dari Amerika Syarikat, vaksin digital juga ialah teknologi lama yang ditemui oleh ahli sains Perancis, Jacques Benveniste pada 2004.

Beliau mendapati vaksin menghasilkan isyarat elektromagnet yang boleh dipindahkan melalui talian internet dan memberi kesan sama pada tubuh manusia seperti mengambil vaksin fizikal.

Bagaimanapun, vaksin digital hanya disyorkan sebagai ikhtiar, sementara menunggu seseorang itu dicucuk dengan vaksin fizikal.

Berita baik untuk mereka yang mengambil vaksin digital ialah ia tidak mempunyai kesan sampingan seperti pembekuan darah yang melibatkan segelintir kes penerima vaksin fizikal.

DOKTOR MUDA, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya