Kembalikan semula kuasa kepada BN - Utusan Malaysia

Kembalikan semula kuasa kepada BN

IMEJ Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara selama 60 tahun dikatakan sudah rosak ekoran beberapa kes rasuah yang membabitkan pemimpin parti itu di pelbagai peringkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,      

BILA dilihat semula  dan mengalami sendiri cara pemerintahan Perikatan Nasional (PN)  selama ini,  kita dapat melihat beberapa kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

Kebanyakan arahan dan peraturan yang dilaksanakan mengelirukan rakyat sedangkan menteri terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Mengapa boleh jadi begitu?

Oleh yang demikian, bagi menyelamatkan kecelaruan sekarang ini, adalah lebih baik saya memohon jasa baik rakyat bersatu mengembalikan semula pemerintahan kerajaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui semula negara.

Rakyat mesti bersatu padu tanpa mengira bangsa dan kedudukan dengan memastikan BN menerajui negara demi kesejahteraan dan keselamatan serantau sama ada di dalam atau di luar negara.             

Sudah berlalu setahun lebih, namun masih berlaku cacamarba dan ketirisan disebabkan kelemahan dan ketandusan pelaksanaan undang-undang atau arahan yang tidak menentu.      

Saya merasakan kebanyakan rakyat sudah terlalu rindukan zaman pemerintahan BN. BN tetap di hati dan selalu dikenang.

WARIS PANGLIMA, Perlis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.