Ada majikan menjadi anai-anai - Utusan Malaysia

Ada majikan menjadi anai-anai

APLIKASI Working for Workers (WFW) boleh menyelesaikan isu ketidakpatuhan majikan terhadap dasar bekerja dari rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYABAS diucapkan kepada kerajaan kerana berani membuat keputusan yang tidak popular demi kebaikan semua pihak. 

Apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa, sebenarnya ramai yang terkejut dengan keputusan itu kerana pada awalnya berpendapat kerajaan akan tunduk kepada tekanan luar. 

Bagaimanapun, mungkin kerana telah belajar daripada kesilapan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada 2020, kerajaan kini bertegas untuk terus fokus kepada pencapaian fasa pertama PPN sebagai syarat peralihan kepada fasa dua. 

Bagaimanapun, saya tertarik dengan ulasan seorang ahli akademik daripada Universiti Malaya baru-baru ini iaitu Prof. Dr. Victor Hoe Chee Wai Abdullah yang berpendapat meskipun PKP 3.0 telah dilaksanakan, masih ramai yang pergi ke tempat kerja dan mengambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa sebab.  

Hal ini dilihat ketara berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor yang secara relatifnya merupakan penyumbang tertinggi kepada kes kumulatif dalam negara. 

Secara umumnya saya berpendapat, apabila setiap daripada kita memilih untuk meletakkan tanggungjawab pencegahan itu kepada pihak lain, maka apa lagilah yang boleh diharapkan dengan pendekatan kawalan pergerakan ini jika tidak mengatakan ia sebagai sekadar dokumen kosong sahaja?

Saya enggan mengulas berhubung faktor kes sporadik yang dikatakan menjadi penyumbang terbesar kes hari ini, kerana puncanya lebih kepada tindakan individu yang sukar dikawal satu persatu oleh kerajaan. 

Ia bukan bermakna faktor ini boleh diabaikan atau diperkecilkan sebaliknya mekanisme sedia ada itu adalah sentiasa berjalan dan ditambah baik oleh kerajaan. 

Sebaliknya, fokus kini sewajarnya ditumpukan kepada tindakan sebahagian besar majikan sama ada di sektor swasta mahupun  agensi kerajaan yang dilihat mula mengarahkan kakitangan masing-masing ke pejabat, kononnya untuk menyelesaikan urusan yang tidak dapat diselesaikan. 

Jika dirujuk kepada ketetapan asal pelaksanaan PKP 3.0 fasa satu sebelum ini, kebenaran untuk ke tempat kerja bagi sektor bukan keperluan itu hanya terhad kepada beberapa perkara melibatkan urusan sumber manusia atau mungkin sekadar untuk mengambil dokumen tertentu yang tiada dalam simpanan staf di rumah. 

Bagaimanapun kini, berdasarkan rungutan beberapa rakan serta kenalan dalam media sosial, didapati terdapat ketua jabatan yang membenarkan staf datang ke pejabat semata-mata untuk menjalankan mesyuarat secara dalam talian.

Ia mungkin kes terpencil namun sebenarnya dalam masa sama menunjukkan bagaimana beraninya sesetengah ketua jabatan atau majikan swasta mencabar ketetapan oleh kerajaan. Saya percaya, tindakan mereka ini akan menjadi rujukan kepada majikan lain juga selepas ini. 

Tindakan kerajaan memperkenalkan aplikasi Working for Workers (WFW) amatlah dipuji. Ia sewajarnya menjadi medium yang bukan sahaja berkesan untuk menyelesaikan isu ketidakpatuhan majikan terhadap peraturan sedia ada, bahkan wajar menjadi mekanisme pencegahan juga. 

Bagaimanapun, dibimbangi tindakan tersembunyi berskala besar oleh kumpulan majikan ini  akan menjadi umpama anai-anai yang merosakkan perancangan kerajaan dari dalam. 

ALCMAEON AENEAS, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.